29 November 2011

23 November 2011

Ingatlah

Ingatlah
Pada pertama kali melihat sidia ~ ketika kita tidak mahu pun melihatnya lagi

Ingatlah 
Disaat kali pertama senyuman yg diberikan olehnya ~ ketika kita tidak mahu melihat wajahnya

Ingatlah
Detik-detik bahagia ketika bersama ~ disaat kita tidak lagi rasa bahagia


Ingatlah
Pengorbanan dia pada kita ~ disaat kita anggap dirinya tidak bermakna untuk kita

Ingatlah
Pertama kali kita jatuh cinta padanya ~ disaat kita sedang membenciny



18 November 2011

Aku yang dah reti nak PENAT

Penat wooo keje siang mlm...xkenal erti kehidupan..
Kehidupan seharian yg lebih kepada tgk laptop ni...naek rabun mate aku!

Setiap hari bila bgun pagi still rse penat semalam dan semalam punya semalam xhabis lagi
tapi ape bole buat..hidup mesti diteruskan...
Perjuangan belum selesai.

Dalam kepala ni dah terlau byak bnda yg nk kena pikir
dat y bnyak bnda aku terlupa.

Ok penat!malas nk pkir n type bnyak2


05 November 2011

Tips untuk kawal kemarahan






Tips kawal kemarahan (seperti yang diajarkan oleh nabi SAW) ;

1- Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
2- Kalau anda sedang duduk, baringlah.

**Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain.

Abu hurairah dan Said al Magburi meriwayatkan ; “ Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah saw duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selapas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; “Ya Rasulullah, dia memaki hamun saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab ; “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.” Rasulullah kemudian bersabda lagi; “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al Khurdi pula berkata : Rasulullah ada bersabda : “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al Bahlili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
 — 


03 November 2011

Gaji Pertama Nak Beli Ape?

Ape pun yg org beli utk gaji pertama xkesah la..duit dorg,bukan duit aku.
Tp bila org tnya aku, ape aku beli mase dapat gaji pertama
aku jwb RAK BUKU...wawawa

Gaji ke-2 dan seterusnya aku beli buku..
Setahun ada 12 bulan..aku dah ade 12 buku...ngeeee