30 December 2011

Doa untuk mencari jodoh :D

Ya ALLAH  kalau dia memang jodohku, jodohkan lah...
Tapi kalau bukan jodohku, jodohkan lah jugak...
Jika dia tidak berjodoh dengan ku, maka jadikanlah kami jodoh...


28 December 2011

Seorang Lelaki dan Seorang Wanita

Wanita 1 : Betul U sayang I ??

Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.

Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..

Lelaki: I pegang sikit je sayang..

Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?

 Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..

Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?

Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa.
               I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.
                     Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..

Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
              senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
              Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
              yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
                  macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?

Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .

Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..

Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya..

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..

Wanita 2: Me too sayang..

Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.

Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..

Lelaki: Apa dia sayang?

Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I..
                     I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..
                     Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
                     macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?

Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(An-Nur’:26)

20 Perkara "JANGAN"

Sesungguhnya dalam hidup ini, kita dikelilingi oleh banyak perkara yang menyeronokkan.
Perkara yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukkan kepada kita!

20 perkara JANGAN yang seharusnya diambil iktibar.

01. JANGAN senganja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidor lain cerita.
02. JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Takut2 terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
03. JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
04. JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak bercuci. Makruh dan mewarisi kepapaan.
05. JANGAN tidor selepas Solat Subuh. Nanti rezeki mahal(kerana pagi2 itu membuka pintu berkat)
06. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
07. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikkan. Takut2 kita mati dalam perjalanan.
08. JANGAN pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
09. JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. JANGAN bergaul bebas ditempat kerja/kolej. Banyak buruk daripada baikknya.
11. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.
12. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14. JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. JANGAN biasakan berbohong. Kerana ia adalah ciri2 orang munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. JANGAN biasa menganiaya manusia atau haiwan. Kerana Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal abadi.
20. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkta JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
       ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.

Tampar - Satu Dialog

Ada seorang pemuda yang lama merantau di negeri orang kembali ke tanah airnya.
Sesampainya di rumah, ia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama,
kiai atau sesiapa pun yang boleh menjawab 3 pertanyaanya.
Akhirnya, orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

Pemuda   :  Anda siapa? Bolehkah and menjawab pertanyaan2 saya?
Kiai            :  Saya hamba Allah dan InsyaAllah dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda   :  Anda yakin sedangkan proffesor dan banyak orang pintar tidak mampu menjawab soalan saya.
Kiai            :  Saya akan mencuba sejauh mana kemampuan saya

Pemuda   :  Saya ada 3 pertanyaan:
                      i.    Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wajah Tuhan kepada saya.
                      ii.   Apakah yang dinamakan Takdir.
                      iii.  Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat daripada api
                            tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama.
                            Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu.

Tiba-tiba Kiai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda   :  Kenapa anda marah pada saya?(sambil menahan sakit)
Kiai            :  Saya tidak marah..Tamparan itu adalah jawapan saya ke atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda   :  Saya sungguh2 tidak mengerti
Kiai            :  Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda   :  Tentu saja saya merasa sakit!!
Kiai            :  Jadi anda percaya sakit itu ada?

Pemuda   :  Ya
Kiai            :  Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda   :  Saya tidak boleh tunjukkan
Kiai            :  Itulah jawapan pertanyaan pertama anda.
                      Kita semua merasakan Tuhan itu ada tanpa mampu melihat wujudNya.

Kiai            :  Adakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda   :  Tidak

Kiai            :  Apakah pernah terfikir oleh anda akan mendapat tamparan dari saya hari ini?
Pemuda   :  Tidak

Kiai            :  Itulah yang dinamakan Takdir.

Kiai            :  Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda   :  Kulit

Kiai            :  Terbuat daripada apa pipi anda?
Pemuda   :  Kulit

Kiai            :  Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda   :  Sakit


Kiai            :  Walau syaitan terbuat daripada api dan neraka itu terbuat daripada api juga,
                      jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..


                      Sekian.



Dipetik dari sumber Al - Hidayah(Nortport)

26 December 2011

Tragedi Moto Hilang :D

Tak sempat nak tulis pasal moto hilang..dah jumpe balik..huahaha (",)\


MY New Gibson :D

Akhirnya dapat gak beli menatang nih..hehehe...SUKE!! :D



OST Ombak Rindu


Tak tau knpe aku  xdiberi kesempatan utk tgk citer nih!!

25 December 2011

Jangan Jadi Perempuan Macam ni!

Perbulan diantara DJ Radio Xfresh.fm

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka

Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control 

23 December 2011

Jika Aku Mencintaimu Kerana...

Jika aku mencintaimu kerana sifatmu yang ceria
Menjadi semangat yang menyala dalam hatiku
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Bila keceriaan itu kelam dirundum duka
Seberapa muram cintaku padamu akan ada..??

Jika aku mencintaimu kerana kecantikkanmu
Meredupkan pandangan dimataku
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Saat kecantikkan itu memudar di tempuh usia
Seberapa pudarkah kelak cintaku padamu....??

Jika aku mencintaimu kerana keramahanmu
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
Seberapa mampu cintaku memendak praduga...??

Jika aku mencintaimu kerana cerdasnya dirimu
Membuat ku yakin pada setiap pekerjaanmu
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Disaat sifatmu yang manja menjengah
Seberapa besar cintaku padamu untuk dibanggakan...??

Jika aku mencintaimu kerana sikap egomu
Menambatkan rasa kagumku pada utuhnya pertahananmu
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Andai tembok keegoan itu berjaya ku runtuhkan
Seberapa kuat cintaku yang tinggal...??

Jika aku mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan
Menumbuhkan ketenangan dengan kepercayaan yang kau tanam
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Kelak pengertian itu ditelan ego sesaat
Seberapa banyak mampuku mengerti cinta ini...??

Jika aku mencintaimu kerana luasnya kesabaranmu
Menambah dalamnya rasa cinta
Semakin ku mengenalmu
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Mungkin kesabaran itu mencapai
Batasnya suatu hari nanti
Seberapa besarkah cintaku mampu memaafkan...??

Jika aku mencintaimu kerana keteguhan imanmu
Bagai siraj yang benderang mengantarkan cahaya
kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Kala iman itu jatuh merundum
Seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu...??

Jika aku mencintaimu kerana engkau yang
Telah kupilih sebagai cintaku
Yang kan kupegang sepanjang hayat
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri
Saat hati ini tergoncang
Seberapa mantapkah cinta ini untuk tetap setia...??

Biarpun sejuta alasan
Tetap tidak mungkin cukup
Membuat cintaku tetap bersamamu
Melainkan jika aku mencintaimu kerana Illahi
Kerana Diakan selalu ada
Untuk menjaga keutuhan cinta ini
Hingga kelak ku tak mampu lagi
Mencintaimu...
Kerana cintaku...
Berpulang kepada-Nya...

"Kun Faya Kun"
Jika DIA Mahuhan sesuatu itu terjadi...maka terjadilah ia...
DIA mampu untuk menarik perasaan Cinta itu hanya sekelip mata.

Al-Fatihah ~

21 December 2011

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal.


Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa……
Dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…
Rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
Nak tinggal kan anak2 mak…..
Nak tinggal kan dunia fana ni…..
MAK macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
Kakak pun rasa hairan…..
Mak tak penah buat gitu…..
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
Kengkadang siaran indonesia ..
Mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2…..
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari…..
Ada kat dalam dalam beg….. Ada dalam ASB…..
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi….
Ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar….
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
Mak cuma gelak jer….
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/2007 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
Mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
Mak tetap takmau pi hospital…. .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
Tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…
Ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..
Mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..
Mak…..
Ampunkan kami semua…
Kami nak mak sehat…
Kami sayang mak…
Kami tak mau mak sakit… Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital…
Ampun kan kami yer mak….
Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula…
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
Mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….
Mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
Mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .
kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong.. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir…..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk……
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah…..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
Makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak…”
Dan akhirnya akak juga nangis…..Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan…
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil
P/s : Sayangilah ibu anda selagi beliau masih bernafas

Entry Copy Paste

19 December 2011

The great of me :P

Ini semua poyo B)


























08 December 2011

Test Power..Seek and destroy

02 December 2011

Cara Kembali Bersama Bekas Kekasih

1. BERHENTI ‘MENGEJAR’ SI DIA. Jika anda benar-benar inginkan dia kembali, inilah cara yang terbaik. Jika anda fikirkan dengan cara menelefon si dia setiap hari memujuk rayu untuk kembali bersama dengan, meninggalkan sms atau e-mail yang penuh dengan pengharapan supaya dia kembali bersama anda akan membuatkan dia kembali, anda silap! Malahan ini akan membuatkan dia semakin benci dengan anda.



2. BERHENTI JADI STALKER – Berhentilah daripada terus mengintip si dia… Cuba anda bayangkan, jika anda berada pada situasi dia, apa yang akan anda fikir tentang ex anda yang sering mengintip anda? Sudah tentu anda akan rasa rimas dan fikir dia seorang yang gila dan berbahaya!


3. ELAKKAN KEMURUNGAN – Jika anda rasa dengan cara menyeksa diri sendiri seolah-olah tiada lagi makna untuk hidup, tidak mahu bersosial, duduk terperap saja dirumah dan sering menangis mampu membuatkan si dia berasa simpati dan serba salah, anda silap. Dia juga mempunyai hidup dia sendiri dan jika dia ingin kembali dengan anda semata-mata untuk menjaga hati anda, adakah itu dinamakan cinta? Gunakan cara yang lebih baik untuk kembali bersama.



Jadi, apa yang harus anda lakukan? Jika anda benar-benar ingin kembali bersama, cuba amalkan 4 perkara dibawah, insyaallah dia akan kembali untuk anda.



1. PERBAIKI DIRI ANDA- Cuba fikirkan kembali kenapa hubungan anda terputus. Mungkin kerana perangai anda sendiri yang tidak menghargai dia dengan baik. Jadi, belajarlah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Belajar menjadi seseorang yang mampu menghargai diri seseorang. Berhenti menyalahkan diri dia kerana anda kena faham, anda tidak boleh mengubah seseorang anda tetapi anda boleh mengubah diri anda dan apabila anda berubah, seseorang itu juga akan berubah.


2. KEKAL BERINTERAKSI – Berpisah bukan bermakna tidak boleh bertegur sapa. Anggaplah dia sebagai kawan walaupun hakikatnya anda rindukan saat-saat bersama. Gunakan sms, facebook dan sebagai platform untuk kekal berhubung. Elakkan berbual tentang hubungan yang lepas. Siapa tahu, si dia akan teringat kembali saat manis bersama dan akan kembali terima anda.



3. BUAT PERUBAHAN – Jika sebelum ini anda tidak mementingkan penampilan, mulalah jaga penampilan anda. Tunjukkan kepada si dia yang anda mampu menjadi lebih baik selepas anda berpisah. Mungkin ada orang lain yang akan jatuh hati terhadap penampilan anda.


4. BIARKAN DIA YANG MENGEJAR ANDA – Jika anda yang meminta perpisahan, andalah yang perlu memberitahu kepada dia bahawa anda inginkan kembali perhubungan anda. Tetapi jika si dia yang meninggalkan anda, biarkan dia yang meminta untuk kembali bersama. Dengan cara itu, dia akan lebih menghargai anda setelah kembali bersama.


P/S: Entry Copy Paste

FAKTA MENGENAI LELAKI!

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, 
tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? 
adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur,
pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka
akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka,
ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti
“Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”.
Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan
‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin
memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum
mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain
terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya
hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama
apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya
perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang
sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang
belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain
berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat,
tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.